Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai hadir pada Majlis Pengibaran Bendera Rasmi Festival Maal Hijrah di Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Festival Maal Hijrah bermula, sarat pengisian aktiviti menarik

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 Julai: Festival Maal Hijrah 1446H/2024 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) membuka tirainya hari ini.

Majlis pengibaran bendera festival dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Acara bermula dengan perarakan masuk kontinjen pembawa bendera rasmi Festival Maal Hijrah dari Unit Polis Bantuan LAKMNS diiringi pancaragam lembaga itu bersama kumpulan Bagpipe Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak.

Festival Maal Hijrah merupakan acara tahunan LAKMNS dengan matlamat utama penganjuran untuk menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Hijrah.

Selain itu ia turut menjadi platform mengimarahkan serta mempromosikan masjid sebagai pusat riadah secara sihat berlandaskan nilai-nilai agama menerusi pengisian program bercirikan kerohanian, kekeluargaan, sukan dan sebagainya.

Antara pengisian lain bagi festival selama tiga hari sehingga 14 Julai termasuk Malam Cinta Rasul, Gema Haflah, Jualan Rahmah, infokiosk agensi awam dan swasta, program kesihatan serta pelbagai pertandingan seperti berzanji dan marhaban, street soccer dan silat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual akan menghadiri Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah bagi edisi tahun ini pada Ahad. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan