Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika berucap di Majlis Penutupan Congress on Sustainable Agriculture and Food Security, di Bintulu hari ini Foto TVS

Bintulu pengeluar hidrogen terbesar di Asia Tenggara menjelang 2028 – Abang Johari

BySalasiah Safian

BINTULU, 12 Julai: Bintulu bakal menjadi pengeluar hidrogen terbesar di rantau Asia Tenggara menjelang 2028, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau usaha ke arah itu akan direalisasikan dengan sokongan daripada Korea Selatan dan Jepun.

“Bintulu akan menjadi pengeluar hidrogen menjelang 2028. Dengan sokongan daripada rakan kongsi kita iaitu Korea dan Jepun, kita bersetuju untuk mengeluarkan 240,000 tan hidrogen.

“Ia merupakan yang terbesar di rantau ini,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Congress on Sustainable Agriculture and Food Security di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari mendedahkan Bintulu juga bakal menjadi pengeluar lilin mikrokristalin (microcrystalline wax) yang dihasilkan oleh syarikat petrokimia di Bintulu, Shell MDS Malaysia.

Syarikat tersebut kata beliau menjalin kerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat untuk menghasilkan bahan untuk memproses mentega.

“Shell MDS Malaysia memproses gas kepada cecair dan mereka mengeluarkan microcrystalline wax. Mereka bekerjsama dengan syarikat dari Amerika menghasilkan wax berkualiti tinggi menjadi satu bahan untuk menghasilkan mentega.

“Bintulu mungkin akan menjadi yang pertama di dunia untuk menghasilkan mentega daripada gas,” ujar beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan