Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibu mereka, Shirley Hasmani Datuk Eddie yang mengiringi pasangan kembar itu ke Amerika Syarikat turut terkesima dengan persembahan luar biasa anak kembarnya.

Aleysha dan Ryan menang emas WCOPA ke-27, terima biasiswa Akademi Filem New York

ByAyson Aquino

KUCHING, 12 Julai: Pasangan kembar, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef yang memenangi pingat emas dalam kategori vokal ‘World Championship of Performing Arts (WCOPA) ke-27’ di Long Beach, California, tiba di Kuching pada Khamis.

Kepulangan kembar berusia 11 tahun itu yang turut memenangi pingat gangsa (kategori Vokal Pop) telah disambut oleh ahli keluarga serta rakan-rakan mereka.

Lebih membanggakan Aleysha turut memperoleh pingat emas dalam kategori Vokal ‘Broadway’ yang melayakkannya menjadi pemenang tunggal dari Malaysia yang menerima biasiswa dari Akademi Filem New York.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), TVS berkesempatan menemu bual pasangan kembar ini yang berkongsi detik kemenangan mereka.

“Ia (pertandingan berjalan dengan) terasa baik, sangat baik. Tetapi jika saya menyertai pertandingan ini lagi, saya ingin membawa pulang lebih banyak pingat,” kata Ryan.

Aleysha turut senada menyimpan hasrat sambil menzahirkan kegembiraan atas pencapaian dirinya serta Ryan.

Dalam pada itu, ibu mereka, Shirley Hasmani Datuk Eddie yang mengiringi pasangan kembar itu ke Amerika Syarikat turut terkesima dengan persembahan luar biasa anak kembarnya.

“Saya sangat bangga dan gembira kerana kedua-dua mereka mara ke pertandingan akhir dan dipilih sebagai wakil Malaysia merupakan satu pencapaian yang hebat,” ujarnya.

Perkara serupa diakui jurulatih mereka, bekas Miss Malaysia World 2014, Dewi Liana Seriestha, dan model Malaysia, Viviana Lin Winston.

“Mereka mendengar setiap ajaran, sama ada daripada saya dan jurulatih modeling mereka. Kami sangat bangga dengan mereka.” kata Dewi.

Berkongsi pengalaman sewaktu berada di Amerika Syarikat, pasangan kembar terbabit mengakui mereka merindui hidangan tempatan Sarawak ketika berada di sana.

“Di Amerika Syarikat, saya asyik teringat teh tarik sebab saya sukakannya.” kata Aleysha serta kata Ryan hidangan seperti laksa dan nasi lemak juga sukar didapati.

Dalam pada itu, mereka menzahirkan ucap terima kasih kepada para penyokong seterusnya berjanji untuk beraksi dengan lebih baik pada masa hadapan untuk mewakili negara dan Sarawak.

“Terima kasih kerana menyokong kami dan membantu kami sepanjang perjalanan ini, kami akan cuba membawa pulang lebih banyak pingat dalam pertandingan lain nanti,” ujar mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan