Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Foto TVS

TYT Sarawak terima kunjungan hormat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

BySharifah Anira

KUCHING, 11 Jun : Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak.

Menurut kenyataan SPK hari ini, kunjungan hormat sulung itu merupakan pertemuan pertama anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman sejak Tun Dr Wan Junaidi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pada kunjungan itu, delegasi berkenaan mempersembahkan mekanisme secara pentadbiran bagi pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman di Sabah dan Sarawak kepada Tun Dr Wan Junaidi berhubung untuk mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah danYang di-Pertua Negeri Sarawak berdasarkan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA 63).

Kunjungan sekitar satu jam itu telah diketuai oleh Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Tan Sri Dato’ Abdul Rahman Sebli.

Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) yang turut serta adalah, Tan Sri Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datu Abdul Razak Tready.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan