Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan yang meraih juara di peringkat kebangsaan itu dibimbing oleh Teong Ung Ung dan Nancy Ahamdie Chen, dianggotai oleh Ronald Rio Suliman, Atasha Fatin Fazirah Abdul Rahman, Khairunnisa Quratu Aini Abu Bakar, Eva Elishya Bulan Freddy dan Rossa Remy William sebagai ahli forum.

SMK Baru Bintulu juara Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 11 Julai: Pasukan Sarawak yang diwakili SMK Baru Bintulu dinobatkan sebagai juara pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan SMK Baru Bintulu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM2,500 dan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Turut melakar kejayaan, salah seorang ahlinya, Ronald Rio Suliman telah dinobatkan sebagai Ahli Forum terbaik, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM300 beserta buku-buku terbitan DBP.

Pasukan yang meraih juara di peringkat kebangsaan itu dibimbing oleh Teong Ung Ung dan Nancy Ahamdie Chen, dianggotai oleh Ronald Rio Suliman, Atasha Fatin Fazirah Abdul Rahman, Khairunnisa Quratu Aini Abu Bakar, Eva Elishya Bulan Freddy dan Rossa Remy William sebagai ahli forum.

Pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu merupakan anjuran bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebanyak 16 pasukan dari seluruh negara berentap dalam pertandingan terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan