Search
Close this search box.

Shell MDS pengeluar lilin mikro sintetik komersial pertama di dunia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 11 Julai: Shell Middle Distillate Synthesis (Shell MDS) Malaysia Sdn Bhd tampil menjadi pengeluar lilin mikro sintetik berskala komersial pertama di dunia.

Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman berkata inisiatif itu dibuktikan dengan pelancaran global Shell GTL Microcrystalline Waxes yang berupaya menjadikannya sebagai bahan mentah yang sangat baik untuk diaplikasikan kepada produk premium seperti produk penjagaan diri, kosmetik, lilin dan lain-lain lagi.

“Walaupun selepas 30 tahun, kami masih teruja dalam menyelidik, berinovasi dan membangun.

“Dengan pelancaran global Shell GTL Microcrystalline Waxes, ini menjadikan Shell MDS pengeluar lilin mikro sintetik berskala komersial pertama di dunia,” katanya.

Siti Hurrairah Sulaiman berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan 30 Tahun Shell MDS di sini, pada Rabu.

Pada majlis yang sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut menyaksikan pertukaran dokumen antara Shell MDS dan Sarawak Metro untuk percubaan penggunaan Shell GTL Saraphalt bagi sistem landasan Autonomous Rapid Transit (ART).

Difahamkan Shell MDS juga tampil menyumbangkan beberapa aset perubatan kepada Hospital Bintulu khusunya untuk kelengkapan unit penjagaan luka.

“Adalah menjadi harapan kami agar peralatan perubatan bernilai RM300,000 akan membantu pihak hospital dalam matlamat mereka untuk menyediakan perkhidmatan dan penjagaan yang cekap bagi pesakit melecur di Bintulu dan kawasan berhampiran,” kata Siti Hurrairah Sulaiman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan