Search
Close this search box.
Abang Johari lebuh bejadika Blok Administrasyen Baru Sekula Sekondari Pei Min kena Hari Empat. Gambar ari Alex Teo (TVS)

Sarawak peruntuk latihan, perkasakan doktor pakar jantung – Abang Johari

BySteward Dawi

MIRI, 11 Julai: Sarawak memperuntukkan RM300,000 untuk menyediakan latihan kepada golongan doktor pakar jantung sedia ada untuk menjadi pakar kardiologi bagi memperkasakan kepakaran mereka dalam menangani dan merawat penyakit kronik itu.

Menurut Pemier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari, kumpulan pertama yang mengikuti latihan terbabit melibatkan tiga orang doktor pakar dan diikuti kumpulan seterusnya yang turut diberi latihan yang sama.

“Ini kerana kita memerlukan pakar kardiologi mengkhusus dalam merawat penyakit jantung dan sistem kardiovaskular serta otak,” kata beliau ketika berucap merasmikan Blok Pentadbiran Baharu Sekolah Menengah Pei Min di sini, pada Khamis.

Abang Johari menjelaskan, terdapat banyak kes penyakit strok yang menjadi punca kepada darah beku di dalam otak melibatkan golongan muda dan perkara berkenaan turut diperakui Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kian.

“Saya juga telah mengutarakan perkara ini kepada Hospital Universiti untuk mencari cara bagi mengatasi masalah kesihatan ini,” jelas beliau.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak ketika ini sedang menanti kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menambah baik Hospital Bintulu untuk dijadikan sebagai Pusat Jantung Satelit yang bakal menyediakan perkhidmatan itu kepada penduduk di wilayah tengah Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan