Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bejaku maya rambau bejadika Blok Administrasyen Baru Sekula Sekondari Pei Min, Hari Empat. Foto Alex Teo (TVS)

Sarawak intai kerjasama dengan Universiti Fudan, terokai perubatan barat dan tradisional – Abang Johari

BySteward Dawi

MIRI, 11 Julai: Sarawak berhasrat untuk meneroka bidang perubatan barat serta tradisional yang dilihat berpotensi dibangunkan di wilayah tersebut.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu bakal diperhalusi oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang akan ke China selepas ini.

“Kalau mereka setuju mungkin kita akan menubuhkan cawangan Universiti Fudan yang menyediakan sains bioperubatan di Miri,”  kata beliau ketika berucap merasmikan Blok Pentadbiran Baharu Sekolah Menengah Pei Min di sini, pada Khamis.

Jelas Abang Johari, Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan sokongan bagi memudahkan fakulti itu diwujudkan berikutan mengambil kira Sarawak yang kaya dengan biodiversiti.

“Kita telah menubuhkan Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di Kuching dan semua pakar datang bagi membuat kajian.

“Jadi dengan semua kemajuan ini kita dapat mencipta vaksin baharu dan ubat-ubatan baharu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit baharu pada masa akan datang,” tambah beliau.

Terdahulu, sepuluh saintis dari Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) telah dipilih menyertai program ‘Enabling Industrial Transformation in Sarawak Through Research Infrastructure Harmonization Fellowships’ di Universiti Murdoch di Perth, Australia.

Pengerusi SIDC dan Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, berkata program ini menunjukkan kerjasama erat antara Australia dan Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi berasaskan pengetahuan melalui diplomasi saintifik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan