Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing dan jemputan bersama penerima bantuan BBKSKL di Pejabat Pertanian Daerah Meradong pada Khamis. Foto TVS

Pekebun kecil di Meradong diseru daftar, dapatkan bantuan baja percuma

BINTANGOR, 12 Julai: Pekebun kecil kelapa sawit dan lada di daerah Meradong diseru agar mendaftar dengan Jabatan Pertanian  di sini bagi memudahkan mereka menerima bantuan baja (BBKSL).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata bantuan berkenaan bukan sahaja menyalurkan baja sahaja bahkan turut meliputi pelbagai perkhidmatan lain.

“Tidak hanya sekadar itu, mereka juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat penggunaan baja, rawatan penyakit tanaman dan lain-lain lagi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan berkenaan di Pejabat Pertanian Daerah Meradong, di sini pada Khamis.

Beliau mengakui bahawa daerah Meradong sinonim dengan pengeluaran hasil pertanian seperti buah -buahan dan sayur-sayuran malah, menjadi penyumbang bakul makanan Sarawak.

Malah ujarnya, bidang pertanian merupakan salah satu penyumbang ekonomi utama penduduk di kawasan itu sejak sekian lama.

“Saya juga berharap pekebun memanfaatkan bantuan yang disalurkan dengan sebaik-baiknya.

” Ini juga membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan sektor pertanian ke arah melahirkan lebih ramai pekebun kecil yang berpendapatan tinggi, ” katanya.

Terdahulu seramai 48 orang pekebun kecil kelapa sawit dan lada yang berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Daerah Meradong menerima bantuan baja (BBKSL), pada Jumaat.

Sumbangan itu merupakan sebahagian insentif Kerajaan Sarawak bagi membantu meringan beban penerima sekali gus meningkatkan kualiti pengeluaran hasil pertanian mereka.

Hadir sama, Pegawai Pertanian Daerah Meradong, Yunus Akup dan Wakil Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Bajai Entili dan Pemanca Yii Hee Sieng. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan