Search
Close this search box.
Pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal memasuki Program Matrikulasi akan ditawarkan tempat selewat-lewatnya pada minggu ketiga Ogos depan. Foto fail Bernama.

Parlimen: Pelajar cemerlang SPM 10A terima tawaran Matrikulasi Ogos depan – Fadhlina

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat 10A namun gagal memasuki Program Matrikulasi akan ditawarkan tempat selewat-lewatnya pada minggu ketiga Ogos depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerima 4,877 permohonan daripada lepasan SPM cemerlang.

Jelasnya, seramai 3,684 telah ditawarkan tempat semasa pengambilan pertama dengan melibatkan seramai 2,496 pelajar Bumiputera dan 1,188 pelajar bukan Bumiputera.

“Bakinya yang masih belum mendapat tawaran adalah seramai 712 pelajar yang akan diselesaikan selewat – lewatnya pada minggu ketiga Ogos,” katanya.

Fadhlina berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkit oleh Ahli Pahlimen Stampin, Chong Chieng Jen pada Sesi Kamar Khas Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjelaskan mengapa tawaran akan diberikan pada Ogos, Fadhlina berkata, ini kerana Unit Pusat Universiti (UPU) juga menawarkan tempat kepada pelajar cemerlang SPM.

“Jadi, pelajar yang belum ditawarkan (tempat di Matrikulasi) bakal mempunyai dua pilihan, sama ada masuk ke UPU atau Matrikulasi,”katanya.

Fadhlina menegaskan bahawa KPM akan memastikan semua pelajar cemerlang SPM yang memperolehi 10A dan ke atas akan ditawarkan tempat pelajaran sepenuhnya tanpa kira kaum dan latar belakang.

“Ini juga untuk memastikan semua pelajar cemerlang tidak tercicir mendapatkan tempat untuk melanjutkan pelajaran,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan