Search
Close this search box.
Lima daripada enam Ahli Parlimen Bersatu tampil dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Parlimen: Kami kini Ahli Parlimen Bebas, kata enam MP Bersatu

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipecat kini mengesahkan status mereka sebagai wakil rakyat berstatus Bebas.

Jurucakap kumpulan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata, mereka tidak akan menyertai parti politik lain susulan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.

“Keputusan menjadi wakil rakyat Bebas dibuat berdasarkan Perkara 49A yang dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia melanggar perkara 49A,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah Suhaili, keputusan mereka menyokong Kerajaan Perpaduan juga tidak melanggar Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai jika mereka melepaskan keahlian parti, namun perkara itu tidak berlaku.

“Dalam surat jelas bahawa kami tetap kekal, taat dan setia kepada parti dan hanya menyatakan sokongan demi mendapatkan peruntukan Ahli Parlimen dan kami dipecat kerana perlembagaan BERSATU dipinda,” katanya.

Sementara itu mereka turut menyeru pemimpin-pemimpin tertinggi BERSATU supaya berhenti berpolitik dan bersama -sama memulihkan ekonomi negara.

Pada Rabu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Johari telah bertindak di luar bidang kuasa beliau dan membuat tafsiran songsang kerana mengekalkan status kerusi enam ahli parlimen berkenaan.

Sebelum ini parti itu memecat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul (Labuan), Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zahari Kechik (Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) selepas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan