Search
Close this search box.
Kontijen Indonesia terdiri dari 29 wakil yang akan beraksi pada Sukan Olimpik Paris ke-33 ketika dilepas secara simbolik oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Olimpik Paris 2024: Indonesia hantar 29 atlet, nekad rangkul banyak pingat

ByTVS

JAKARTA, 11 Julai: Indonesia komited untuk memberi kejutan di Sukan Olimpik Paris ke-33 dengan menghantar seramai 29 atlet ke kejohanan berprestij berkenaan.

Presiden Indonesia Joko Widodo yang menyempurnakan simbolik pelepasan kontinjen di Istana Merdeka di sini hari ini mengakui perwakilan atlet kali ini adalah jumlah terbanyak dalam sejarah sejak dua dekad lalu.

Justeru itu, Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo meminta atlet Indonesia kekal optimis dan bersemangat dalam menghadapi perlawanan menentang atlet terbaik seluruh dunia dengan segala persiapan sekali gus memberi kejutan pada kejohanan kali ini.

“Atlet kebanggaan kita telah bersedia dari 2022 melalui latihan berterusan untuk menghasilkan prestasi optimum di mana sukan Olimpik adalah kemuncak maka perlu ada kejutan pada tahun ini,” katanya.

Beliau turut menyebut bahawa atlet Indonesia yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 merupakan terpilih dan telah melalui proses pemilihan yang ketat serta diharap mampu melepasi rekod kemenangan pingat sebelum ini.

Dito turut mendedahkan bahawa Indonesia tersenarai sebagai negara dari rantau Asia Tenggara yang mempunyai jumlah atlet kedua tertinggi dalam kejohanan ini selain menyasarkan untuk membawa pulang sebanyak mungkin pingat.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan menampilkan pertandingan dalam 32 sukan dan akan disertai oleh 182 negara.

Indonesia menghantar 29 atlet terdiri daripada 16 atlet diiringi 20 jurulatih yang akan menyertai 12 sukan iaitu badminton, angkat berat, panjat batu, memanah, menembak, olahraga, renang, luncur air, serta gimnastik, lumba basikal, mendayung dan judo. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan