Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu berjaya menyelesaikan siasatan ke atas suspek yang melepaskan tembakan ke udara dipercayai menggunakan senjata pada dua minggu lalu. Foto Envato

Lelaki lepaskan tembakan di Bintulu penjara 8 bulan penjara, denda RM5,000

BINTULU, 11 Julai: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atau denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman berkenaan dijatuhi Majistret Galvin Loo Wei Ming selepas tertuduh yang berusia 26 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata pendakwaan kes dikendalikan ASP Harold M. Soiwil manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara atau denda RM5,000 ke atas tertuduh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nixon berkata, pada 25 Jun lalu sekitar jam 3.05 petang pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan terlihat satu lelaki menaiki kenderaan telah melepaskan tembakan ke udara menggunakan selaras senjata di kawasan perumahan dan terus melarikan diri.

“Kejadian tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan dan kerosakan dikesan kepada mana-mana orang atau harta benda.

“Sejurus kejadian, Bahagian Siasatan Jenayah (CID) IPD Bintulu telah mengesan dan menangkap suspek yang merupakan warganegara tempatan,” ujarnya.

Katanya, hasil soal siasat berjaya merampas selaras senapang patah, satu kelongsong peluru, pakaian suspek dan kenderaan yang digunakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan