Search
Close this search box.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi dan delegasinya di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini semalam. Foto Mohamad Sabu (FB)

Iran berhasrat adakan MoU dalam bidang pertanian – Mohamad Sabu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan Iran berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia menerusi  Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian dan telah menghantar draf pertama kepada pihak kementerian.

Mohamad berkata beliau amat yakin dan percaya bahawa MoU itu akan menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iran dalam bidang berkenaan.

“Saya amat gembira menantikan kerjasama ini terhasil kerana manfaat yang cukup besar akan dapat diberikan kepada kedua-dua negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Mohamad berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara itu semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi dan delegasinya di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, di sini semalam.

Katanya, pada pertemuan berkenaan, beliau turut memaklumkan kepada Nasrabadi bahawa pihak kementerian melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) masih menunggu maklum balas positif daripada pihak Iran untuk kelulusan mengimport ayam Arian.

Beliau turut memohon kerjasama Nasrabadi untuk memudahkan urusan berkenaan.

Dalam pada itu, Mohamad menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Republik Islam Iran Dr Masoud Pezeshkian atas kemenanganya pada pilihan raya baru-baru ini.

“Saya percaya hubungan erat yang sedia ada antara kedua-dua negara akan diteruskan di bawah kerajaan baharu ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjemput Nasrabadi dan delegasinya untuk menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang akan berlangsung di Serdang, Selangor pada 11 hingga 22 Sept ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan