Search
Close this search box.
Fadhlina Sidek berkata MOEIS digunakan sepenuhnya bagi mengurus data skor PAJSK di sekolah-sekolah di bawah KPM. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: KPM bangun sistem MOEIS, elak keciciran data PAJSK pelajar

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kementerian Pendidikan (KPM) membangunkan sistem bersepadu Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (MOEIS) bagi mengelak isu keciciran data skor Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata sistem baharu itu akan digunakan sepenuhnya bagi mengurus data skor PAJSK di sekolah-sekolah di bawah KPM.

“MOEIS dibangunkan bagi memastikan kawalan dan integriti data agar selamat dan tidak mudah dicerobohi dan sistem ini bertujuan untuk pentadbiran maklumat sekolah KPM sahaja,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (Perikatan Nasional – Kuantan) mengenai tindakan kementerian mengelak masalah pelajar cemerlang tidak mendapat tempat di universiti pilihan pertama susulan markah PAJSK kosong.

Sementara itu, bagi sekolah-sekolah bukan di bawah pentadbiran KPM, Fadhlina memaklumkan, laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid perlu dikemukakan secara ‘offline’ melalui templat seragam yang disediakan.

Beliau berkata ini bagi memastikan skor PAJSK murid sekolah swasta dapat disedia dan disalur kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA dan KPT bagi tujuan penawaran penempatan ke IPTA.

“Walaupun ada isu isu berbangkit KPM telah pun mengambil semua susul tindak dan komited untuk memastikan bahawa semua markah PAJSK anak anak ini dapat dipenuhi dan tiada keciciran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan