Search
Close this search box.
Rafizi memaklumkan Sidang Dewan Rakyat data PADU akan digunakan sekiranya penyarasan subsidi RON95 dilaksanakan. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Data PADU akan digunakan untuk penyasaran subsidi RON95 – Rafizi

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kerajaan akan menggunakan sepenuhnya maklumat dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sekiranya melaksanakan penyasaran semula subsidi RON95, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu bagaimanapun berkata, tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk mengkaji kesan kepada ekonomi negara dan rakyat susulan penyarasan semula subsidi diesel.

“Kerajaan pada masa ini masih memperhalusi mekanisme penyalarasan (subsidi RON95),” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Rafizi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Perikatan Harapan – Beluran) yang ingin tahu kesediaan kerajaan membabitkan aspek data dan mekanisme untuk melaksanakan penyasaran subsidi.

Sementara itu Rafizi berkata, penyarasan subsidi RON95 juga berbeza dengan diesel kerana melibatkan kumpulan rakyat yang lebih besar.

“(Ia) melibatkan 34 juta rakyat dalam negara (berbanding) penyasaran semula subsidi diesel yang sasaran adalah syarikat – syarikat berdaftar yang sebahagian memang sudah dapat fleet card,” katanya.

Berkenaan dakwaan penyarasan subsidi diesel dilaksanakan secara mengejut, Rafizi berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan mahu mengimbangi kesan kenaikan harga barang.

Jelas beliau, sekiranya isyarat penyarasan subsidi diesel diberi lebih awal ia akan menyebabkan kenaikan harga barang yang ditetapkan oleh peniaga.

“Contoh (jika) sudah diumumkan lebih awal (membabitkan) berapa (harga selepas penyarasan) dan sebagainya, itu akan menyebabkan (kenaikan) harga barang berlaku berkali – kali.

“Sebab itu keputusan kerajaan (ialah) lebih baik sekiranya keputusan itu dibuat apabila semuanya sudah selesai di peringkat kerajaan kerana itu (akan) kurangkan risiko kenaikan harga barang (yang kerap),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan