Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Digital Gobind Singh berkata, setakat semalam sebanyak 465,924 pengguna telah mendaftar MyDigital ID. Foto hiasan, Envato.

Dewan Rakyat: 465, 924 pengguna daftar MyDigital ID

ByJeeridyne

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Sistem pengenalan diri dalam talian atau MyDigital ID bukan satu mandatori kepada rakyat Malaysia sebaliknya merupakan pilihan yang akan diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi kerajaan dan swasta.

Menteri Digital Gobind Singh berkata, setakat semalam sebanyak 465,924 pengguna telah mendaftar MyDigital ID termasuk penjawat awam.

Jelas beliau, bagi menggalakkan pendaftaran melibatkan penjawat awam, kios-kios pendaftaran telah ditempatkan di 199 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima cawangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh Malaysia.

“MIMOS Berhad selaku agensi pelaksana bagi projek ini akan menyebarluaskan pelaksanaan MyDigital ID kepada pelbagai demografi rakyat Malaysia di bandar serta di luar bandar secara berfasa,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (Pakatan Harapan -Bentong) yang ingin tahu strategi dan jaminan keselamatan oleh kerajaan agar tidak berlaku sebarang kes kecurian data identiti digital.

Sementara itu Gobind memaklumkan, pengoperasian MyDigital ID menggunakan algoritma yang diiktiraf kerajaan bagi mengelak kecurian dan ketirisan data pengguna.

Jelas beliau, ia merupakan langkah yang diambil kerajaan dalam memperkukuhkan lagi sistem keselamatan yang ada pada MyDigital ID. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan