Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian produk baharu global Shell GTL iaitu Microcrystalline Waxes di sini, malam ini. Foto : Awang Azmil.

Ada pihak kata Sarawak sibuk soal minyak dan gas, tidak akan kita tengok saja? – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 JULAI: Kerajaan Sarawak komited  membangunkan industri minyak dan gas untuk manfaat rakyat di wilayah ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meyakini bahawa Sarawak merupakan negeri yang paling aktif membangunkan industri berkenaan berikutan ia memberi limpahan ekonomi yang cukup baik kepada wilayah ini.

“Apa yang nak saya tekankan di sini bahawa Kerajaan Sarawak sangat komited dalam soal industri minyak dan gas.

“Ada sesetengah pihak berkata Sarawak sangat sibuk dan aktif dalam soal industri minyak dan gas, sudah tentu, takkan anak Sarawak melihat sahaja? Mestilah harus dikongsi bersama. Sebab itu apabila saya menjadi Ketua Menteri Sarawak saya wujudkan Petros,” kata Abang Johari.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan 30 Tahun Shell MDS di sini, malam ini.

Kata Abang Johari lagi Kerajaan Sarawak juga sentiasa menerima kerjasama daripada pelbagai syarikat yang berkaitan dengan industri minyak dan gas untuk meneroka idea-idea baharu untuk meningkatkan penglibatan Sarawak dalam industri minyak dan gas.

Untuk rekod Shell MDS Malaysia telah beroperasi di Sarawak selama lebih daripada 30 tahun dan menghargai sokongan Kerajaan Sarawak dalam membantu mengekalkan dan mengembangkan industri bersama.

Dalam pada itu Pengerusi Negara Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman berkata, Shell MDS juga komited untuk berkembang bersama Sarawak melalui perkongsian perniagaan dan dapat menyumbang kepada komuniti setempat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan