Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2024, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Rabu. Foto TVS

TYT terima jemputan ke sambutan Hari Sarawak 2024

KUCHING, 10 Julai: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi menerima jemputan daripada Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sarawak 2024, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ke sambutan Hari Sarawak 2024.

Tuan Rumah bagi sambutan Hari Sarawak 2024 adalah Bahagian Bintulu yang bakal berlangsung di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 22 Julai 2024.

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah bagi menjemput Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebagai tetamu kehormat pada acara gilang-gemilang itu sekali gus memaklumkan mengenai persediaan sambutan tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Untuk rekod, Majlis Kesyukuran akan diadakan bagi agama-agama lain di bawah kendalian UNIFOR pada 20 Julai yang akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Pada 21 Julai, Majlis Kesyukuran bagi umat Islam pula diadakan di Masjid Assyakirin yang akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Antara pengisian menarik yang bakal disajikan buat para pengunjung pada malam sambutan tersebut adalah pentomin yang memaparkan perjalanan pembangunan Sarawak sehingga ke tahap yang dikecapi pada masa ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan