Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol ketika berucap sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pengendalian Pusat Media SUKMA ke-21 Sarawak 2024 di sebuah Imperial Hotel pada Rabu. Foto TVS

SUKMA 2024 tingkat keyakinan Sarawak jadi tuan rumah Sukan SEA 2027 – Abdullah Saidol

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Julai: Kesiapsiagaan Sarawak menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 meningkatkan keyakinan negeri ini menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada 2027, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, pengurusan yang berkesan semasa SUKMA 2024 akan menjadi kayu ukur kebolehan untuk memilih Sarawak sebagai tuan rumah Sukan SEA 2027.

“Dengan memberikan gambaran yang baik tentang hospitaliti dan kemudahan yang ada, kita dapat menunjukkan bahawa Sarawak mampu mengendalikan acara sukan bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pengendalian Pusat Media SUKMA ke-21 Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai sukarelawan semasa Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, yang mengajarnya tentang kepentingan terhadap memberikan layanan dan maklumat yang tepat kepada para peserta dan pengunjung.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan wartawan memberikan gambaran terbaik mengenai hospitaliti dan menunjukkan bahawa Sarawak adalah tempat yang hebat dari segi politik, ekonomi, dan pembangunan.

“Semua pihak perlu bekerjasama, termasuk pihak pentadbiran pengurusan untuk menyokong inisiatif ini,” katanya.

Beliau turut yakin dengan kesungguhan dan kerajinan yang ditunjukkan oleh warga kerja dan kakitangan yang profesional, Sarawak akan berjaya dalam penganjuran SUKMA 2024, sekali gus menambah keyakinan untuk menganjurkan Sukan SEA 2027.

Terdahulu, dua negeri iaitu Sarawak dan Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk menjadi penganjur bersama bagi temasya Sukan SEA 2027.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kedua-dua negeri berkenaan bersedia menyumbang peruntukan bagi melancarkan penganjuran temasya dwitahunan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan