Search
Close this search box.
Majlis Penutupan Bengkel Pengendalian Pusat Media SUKMA ke-21 Sarawak 2024 di sebuah Imperial Hotel pada Rabu. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

SUKMA 2024: Pengamal media pamerkan Sarawak dengan gambaran terbaik – Abdullah Saidol

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Julai: Pengamal media diingatkan agar melakukan laporan serta memberi gambaran terbaik Sarawak sempena temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada bulan Ogos kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menekankan bahawa tanggungjawab pengamal media bukan sahaja melaporkan keputusan pemenang acara SUKMA, tetapi juga menunjukkan perkembangan dari segi politik, ekonomi, dan pembangunan Sarawak.

“Saya difahamkan terdapat sembilan pusat media di Sarawak. Pesanan penting daripada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah adalah bahawa apabila kita menerima tanggungjawab sebagai tuan rumah SUKMA, kita menjadi duta terbaik Sarawak dalam mengurus semua aspek pengurusan media.

“Setiap acara akan dilaporkan di seluruh negeri-negeri di Semenanjung yang bertanding di Sarawak, dan sudah tentu laporan media di saluran perdana serta media sosial akan memainkan peranan penting,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pengendalian Pusat Media SUKMA ke-21 Sarawak 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abdullah Saidol turut menambah bahawa tanggungjawab pengamal media adalah untuk memastikan laporan yang diberikan tidak hanya tertumpu kepada acara sukan, tetapi juga menceritakan pengalaman menarik dan keindahan Sarawak kepada rakan-rakan di Semenanjung Malaysia.

“Sebagai contoh, wartawan dari Kelantan mungkin akan membawa keluarganya datang ke Kuching dan Sarawak.

“Tanggungjawab kita adalah memastikan wartawan memberikan gambaran terbaik mengenai hospitaliti dan menunjukkan bahawa Sarawak adalah tempat yang hebat dari segi politik, ekonomi, dan pembangunan.”

Tegasnya lagi, UKAS berperanan penting dengan mewujudkan kerjasama dengan media lain seperti JAPEN dalam memastikan gambaran yang baik tentang Sarawak diberikan kepada umum.

Abdullah Saidol turut berkongsi pengalaman peribadinya sebagai sukarelawan semasa Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur.

Beliau mengingatkan pengamal media bahawa mereka akan menghadapi banyak soalan dari pelbagai pihak, termasuk pertanyaan mengenai tempat-tempat menarik di Sarawak dan logistik perjalanan.

“Contohnya, orang akan bertanya di mana KLCC, atau bagaimana untuk sampai ke Miri dan Bintulu. Jadi, jawatankuasa induk perlu bersedia dengan maklumat dan bantuan yang diperlukan, ” ujarnya.

SUKMA 2024 melibatkan sembilan bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Temasya kali ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan