Search
Close this search box.
Lelaki berusia 36 tahun diberkas polis trafik selepas dikejar sejauh kira-kira 5 kilometer di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas dekat sini hari ini. Foto media sosial

Polis tembak tayar van, pemandu positif dadah cuba lari

GEORGE TOWN, 10 Julai: Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah van dipandu lelaki yang berada di bawah pengaruh syabu di Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, polis trafik sedang melakukan Op Perdagangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sebelum cuba menahan sebuah van dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemandu van bagaimanapun melarikan diri sebelum polis mengejar sejauh kira-kira 5 kilometer (km) selain suspek turut melanggar beberapa buah kenderaan di bahu jalan.

“Polis trafik terpaksa melepaskan satu das tembakan pada tayar hadapan van apabila suspek cuba melanggar anggota polis sebelum van itu terbabas di bahu jalan.

“Suspek berusia 36 tahun yang tiada lesen memandu itu berjaya ditahan dan semakan mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, siasatan lanjut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine hasil ujian saringan awal air kencing.

“Dia juga memiliki rekod dikehendaki bersabit kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lalu di daerah Barat Daya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam. – TVS

Tags: polis, syabu, van

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan