Search
Close this search box.
Anggota dari BBP Limbang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto BBP Limbang.

Pemandu lori tersepit, lori tanah terbalik di lereng bukit di Limbang

LIMBANG, 10 Julai: Seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas lori tanah yang dipandunya terbalik di lereng bukit di Jalan Sibukang, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Chong Bui Chyan berkata mangsa berusia 54 berjaya dikeluarkan oleh anggotanya dalam kejadian yang berlaku jam 2 petang.

Katanya sepasukan anggota bergegas ke lokasi yang jauhnya tiga kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan jam 2.22 petang.

“Setiba di tempat kejadian, didapati sebuah lori tanah terbalik di lereng bukit dan terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di ruangan pemandu.

“ Anggota kita membuat kerja penyelamatan dengan teknik SAVER bersama peralatan menyelamat dan bantuan dua jengkaut milik syarikat berkaitan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Chong lagi mangsa diberi perawatan awal setelah berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan