Search
Close this search box.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu mengeluarkan sebanyak 41 saman dalam satu Operasi Motosikal yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Abang Galau dan Jalan Paragon, Bintulu. Foto IPD Bintulu

IPD Bintulu keluarkan 41 saman dalam Operasi Motosikal

BINTULU, 10 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu mengeluarkan sebanyak 41 saman dalam satu Operasi Motosikal yang dijalankan di sekitar kawasan Jalan Abang Galau dan Jalan Paragon di sini, pada malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, antara kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 ialah tiada lesen memandu, tidak pamer plat nombor pendaftaran, plat nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, ubahsuai ekzos, ubahsuai struktur kenderaan, kenderaan tiada perlindungan insurans, tiada cermin pandang belakang
dan LKM tamat tempoh.

“Operasi yang diadakan mulai jam 8.30 malam hingga 1 pagi ini bertujuan untuk membuat penguatkuasaan undang-undang terhadap kesalahan trafik dan aktiviti lumba haram.

“Kita telah melakukan pemeriksaan terhadap 30 orang individu terdiri daripada 28 orang lelaki dan dua orang perempuan dan 25 buah motosikal diperiksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sebanyak 10 buah motosikal telah ditahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain daripada itu, tindakan diambil terus terhadap individu yang didapati melanggar peraturan trafik, bagi ibu bapa atar penjaga yang membenarkan meraka yang berumur bawah 16 tahun memandu sesuatu kenderaan motor di atas jalan turut diambil tindakan dalam tempoh operasi berlangsung.

“Kesalahan membenarkan orang berumur kurang daripada enam belas tahun memandu suatu kenderaan motor di atas jalan boleh diambil tindakan bawah Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, operasi itu akan dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras kegiatan samseng jalanan atau mat rempit yang boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan