Search
Close this search box.
Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan. Foto media sosial

Tiada perkembangan terbaru kes simbah asid Faisal Halim – Mohd Shuhaily

ByBernama

JOHOR BAHRU, 9 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.

“Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan,” katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan