Search
Close this search box.
Bantuan kemanusiaan seberat 59.4 tan yang dihantar oleh Kerajaan Indonesia untuk mangsa tanah runtuh Papua New Guinea. Foto Biro Pers Istana Presiden

Tanah runtuh di Papua New Guinea: Indonesia hantar bantuan kemanusiaan

ByTVS

JAKARTA, 9 Julai: Kerajaan Indonesia menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh di Papua New Guinea sebagai usaha menyokong pengurusan bencana di Wilayah Enga berkenaan.

Bantuan berkenaan disampaikan Presiden Indonesia Joko Widodo di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta Timur semalam selepas Kerajaan Papua New Guinea meminta sokongan antarabangsa untuk mempercepatkan pengurusan bencana kecemasan.

Susulan itu, Indonesia kemudiannya mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan lagi usaha pengurusan bencana di Papua New Guinea.

Menurut Jokowi, bantuan terbabit menzahirkan rasa simpati dan solidariti Indonesia terhadap negara yang dilanda bencana alam itu.

“Kerajaan Indonesia terus komited membantu negara lain yang ditimpa musibah atau bencana sebagai sebahagian daripada keprihatinan terhadap negara lain dan semoga bantuan ini dapat meringankan beban saudara saudari di kawasan terjejas,” katanya.

Beliau berharap bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Indonesia dapat membantu negara yang dilanda bencana itu untuk cepat pulih dan bangkit semula.

Bantuan yang dihantar bernilai 17.5 bilion dengan jumlah berat 59.4 tan termasuk khemah keluarga, peralatan memasak, bungkusan makanan dan kit kebersihan, dan ubat-ubatan asas.

Bantuan berkenaan akan disalurkan secara berperingkat yang dibahagikan kepada lima penghantaran dengan kapal terbang kargo.

Terdahulu, bencana tanah runtuh di Provinsi Enga, Papua New Guinea berlaku pada hari Jumaat (24 Jun) jam 3 pagi waktu tempatan yang meragut 670 nyawa dan lebih 70,000 orang terjejas di Kampung Yambali dan Kampung Kaokalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan