Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA 2024: Fasiliti kesihatan turut siap siaga – Dr. Sim

ByMuqri Aziz

KUCHING, 9 Julai: Semua fasiliti kesihatan di sembilan Bahagian di Sarawak yang menjadi tuan rumah bagi 488 acara sukan dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 diyakini dalam keadaan baik serta dalam ‘mood’ siap siaga.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian memberi jaminan ketersediaan perkhidmatan kesihatan merupakan keutamaan Kerajaan Sarawak dalam memastikan tiada sebarang insiden buruk atau tidak diingini berlaku sepanjang penganjuran sukan terbesar itu kelak.

“Sektor kesihatan juga turut terlibat dalam penganjuran sukan tersebut dimana ambulans telah pun tersedia bagi memastikan perkara yang tidak diingini seperti kematian mahupun rebah secara tiba-tiba,” kata beliau pada sidang media pada Majlis Perasmian Asia-Pasifik Kesihatan Awam (APCPH) Ke-8 di sini, hari ini.

Dr. Sim dalam pada itu menegaskan bahawa penganjuran SUKMA merupakan tanggungjawab bersama kesemua sektor untuk memainkan peranan masing-masing.

Ini kerana tegas beliau usaha bersama pelbagai sektor amat penting dalam memastikan kejayaan acara tersebut.

Bukan itu sahaja, Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mendedahkan usaha meningkatkan infrastruktur yang besar di wilayah ini sedang dilakukan merangkumi pelbagai kemudahan untuk memenuhi keperluan sukan.

“Banyak kemudahan majlis perbandaran juga digunakan untuk SUKMA, sedang dinaik taraf, dan sebahagian daripada peruntukan adalah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Sarawak serta Kerajaan Persekutuan.

“Oleh kerana Sarawak adalah tuan rumah bagi penganjuran edisi kali ini, kita tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak kerana kita semua mahu melakukan kerja yang baik,” katanya lagi yang mencerminkan komitmen komuniti terhadap kecemerlangan dan kerjasama.

Temasya SUKMA Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini melibatkan sembilan Bahagian iaitu Kuching, Miri, Sibu, Mukah, Betong, Bintulu, Samarahan, Serian dan Sri Aman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan