Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan atlet wushu Sarawak ketika menjalani latihan di Sentosa Sport Center, baru - baru ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Skuad Wushu Sarawak berkampung di China, ubati ‘luka’ tanpa emas SUKMA lalu

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Julai: China menjadi lokasi fasa terakhir latihan pusat skuad wushu Sarawak sebelum menyingkap tirai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di sini, bulan depan.

Ketua Jurulatih Pasukan Wushu Sarawak, Yoong Thong Foong berkata, pasukannya akan ‘berkampung’ di wilayah Fujian selama dua bulan dari Julai hingga Ogos bagi memantapkan pasukan berbaki kurang 40 hari sebelum temasya dwitahunan itu bermula.

Barisan atlet wushu Sarawak ketika menjalani latihan di Sentosa Sport Center, baru – baru ini. Foto Hafeezzur Muzamir (TVS)

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, pasukannya menjanjikan kebangkitan pada edisi kali ini dengan menyasarkan sekurang-kurangnya empat pingat emas sekali gus mengubati ‘luka’ tanpa kilauan emas pada edisi dua tahun lalu di Kuala Lumpur.

“Pada SUKMA 2022 kami gagal mencapai sebarang pingat emas, tetapi dalam dua tahun ini, atlet saya sudah memperoleh semula keyakinan dengan kami menghantar mereka berlatih di China dalam satu tempoh yang panjang.

“Tiga atlet akan berlatih dua bulan di sana dan sebulan bagi atlet yang lain.

“Fujian menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai pusat latihan wushu yang terbaik di China dan wilayah itu telah melahirkan beberapa juara dunia. Oleh itu, kami berharap ada peningkatan kepada kesemua atlet-atlet yang dihantar berlatih di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS di Pusat Latihan Wushu Sarawak di Sentosa Sport Center, baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai ‘mood’ para atlet pada ketika ini, jurulatih Diana Bong Siong Lin mengakui ada antara mereka berasa gementar untuk beraksi di laman sendiri, namun menegaskan kesemuanya sudah bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada temasya itu nanti

“Sekarang ini kita sudah hampir dengan kejohanan, jadi mungkin ada antara mereka akan cemas sedikit, tetapi dengan latihan yang bagus ia dapat diatasi.

“Tambahan pula mereka berlatih di China, jadi saya menjangkakan aspek teknik akan bertambah baik sekali gus memberi keyakinan kepada mereka (atlet) untuk mempamerkan aksi yang cemerlang,” katanya.

Acara wushu akan dilangsungkan di Kuching pada temasya yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan