Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merakam kenangan bersama peserta Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024 di Kuching pada Selasa. Foto TVS

Sarawak sasar lahir 30 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030 – Roland

KUCHING, 9 Julai: Kerajaan Sarawak menyasarkan untuk melahirkan 30 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, salah satu wadah yang memangkin ke arah merealisasikan aspirasi ini adalah menerusi program seperti Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024.

“Kita mempunyai lebih kurang enam tahun untuk mencapai sasaran ideal negara yang kita tetapkan di dalam PCDS 2030, yakni untuk melahirkan 60 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi. Namun, bagi kita di Sarawak, secara realistiknya, kita mahu dan yakin akan dapat melahirkan 30 peratus atau 40 peratus daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi ini.

“Tenaga kerja ini termasuklah mereka yang bukan sahaja mempunyai kemahiran TVET selain sains tulen. Untuk mensasarkan individu yang mempunyai latar belakang serta kepakaran bidang sains tulen sepenuhnya mungkin agak sukar, justeru kita memperkenalkan pelbagai program untuk menarik minat para pelajar ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024 di Kuching pada Selasa.

ASTECH 2024 merupakan persidangan yang menghimpunkan para cendikiawan, pelajar serta pemain industri yang terlibat dalam bidang pendidikan, teknologi serta inovasi terbaharu.

Sementara itu, Roland mendedahkan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) tidak akan terlibat dalam Ujian Penilaian Program Dwibahasa (DLP) Sarawak.

Menurut Roland, program DLP yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri bermula tahun 2025 akan melibatkan pelajar Tahun Enam di seluruh Sarawak.

Beliau enggan mengulas lanjut tentang pendekatan yang bakal dilaksanakan oleh kementeriannya dan hanya akan mengumumkan kaedah pelaksanaan DLP setelah perbincangan dengan menteri kabinet negeri pada waktu yang ditetapkan kelak.

Tambah Roland apa pun keputusan pelaksanaan DLP kelak hanya akan melibatkan keputusan serta mekanisme membabitkan MEITD dan tidak akan melaksanakan penilaian terbabit juga jelasnya tidak akan dibawa dan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hadir sama Timbalan-Timbalan Menteri MEITD Datuk Dr. Annuar Rapaee dan Datuk Francis Harden Hollis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan