Search
Close this search box.

Sarawak komited capai matlamat SDG menerusi tenaga boleh diperbaharui – Hanifah

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Sarawak sedang membuka laluan ke arah pembangunan mampan dengan menghasilkan tenaga boleh diperbaharui melalui pelbagai sumber yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) negara.

Ini termasuk pengeluaran tenaga hidrogen, bahan api penerbangan lestari (SAF) yang dihasilkan daripada alga, kuasa hidro, tangkapan karbon, penggunaan dan penyimpanan (CCUS).

Bagi memudahkan pembangunan inisiatif ini, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata Kerajaan Sarawak telah mengubah sistem pendidikannya sebagai usaha mempersiapkan penjanaan tenaga kerja mahir yang berkait rapat dengan keperluan industri baharu.

“Dari segi pendidikan, menjelang 2026, dalam lima sehingga enam institusi pendidikan akan menjadi milik Kerajaan Sarawak. Ini akan memberi pemahaman teknikal yang mendalam berkenaan tenaga mampan dan perkara yang berkaitan.

“Usaha kita tidak tertakhluk kepada memberi maklumat kepada industri-industri untuk beralih kepada penggunaan tenaga yang mampan, tetapi juga terhadap ilmu setiap individu supaya peralihan ini lebih senang dicapai,” ujarnya semasa lawatan kerja di Universiti Sunway baru-baru ini.

Enam institusi milik Kerajaan Sarawak termasuk Kolej Universiti I-cats, Kolej Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Curtin, Universiti Teknologi Swinburne dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Hanifah berharap organisasi dari Semenanjung Malaysia dapat bekerjasama dengan Sarawak untuk melakukan penyelidikan dan membangunkan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada seluruh negara untuk mencapai objektif SDG negara.

Menerusi lawatan itu, menyaksikan lapan pembentangan mengenai rangkaian penyelesaian pembangunan mampan (SDSN) oleh pelbagai pakar industri terkenal, termasuk ucapan khas profesor ekonomi terkenal dunia dan peneraju global dalam pembangunan mampan, Pofesor Jeffrey D. Sachs.

Beliau dalam masa sama turut mencadangkan Malaysia mempunyai rancangan tiga horizon masa yang berbeza untuk mencapai matlamat SDG. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan