Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Elly Mazlein atau lebih dikenali Kak Lina Pom Pom ketika ditemui TVS pada Sabtu. Foto: TVS

Glamor bukan kayu ukur peranan hos kendalikan majlis – Elly Mazlein

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 6 Jul: Seseorang pengacara mahupun hos beraksi bukan bergantung kepada tahap glamor mereka namun kemahiran menguasai majlis menjadi kayu ukur kebolehan berada di atas pentas.

Pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal tanah air, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom berkata pengacara tidak seharusnya bergantung kepada glamor sahaja.

“Paras rupa yang menarik tiada gunanya jika tidak tahu mengendalikan penonton.

“Keyakinan itu juga perlu ada kerana kita diberi tangungjawab untuk menjayakan majlis itu dan itu bererti kita mempunyai peranan yang besar,” katanya ketika ditemu bual pemberita sebelum menjadi tetamu jemputan rancangan terbitan TVS, Anggun di sini pada Selasa.

Ditanya mengenai penyampaiannya yang lantang dan tanggapan bahawa wanita perlu mengekalkan imej ayu, Kak Lina berkata karakter itu bergantung kepada jenis penyampaian yang bersesuaian dalam rancangan.

“Pertama sekali, kita harus tahu rancangan apa yang kita bakal kendalikan. Contohnya jika rancangan itu berunsurkan Islamik, maka saya akan menyampaikan dengan karakter Muslimah.

“Namun jika rancangan hiburan tetapi kita menggunakan nada yang mendatar dan serius contohnya, ia akan menimbulkan perasaan pelik dalam diri penonton. Jadi untuk menjadi pengacara, kita perlu melihat pembawakan diri kita yang bersesuaian dengan program,” katanya lagi.

Dalam masa sama Kak Lina berkata untuk menjadi pengacara, seseorang itu perlu mempunyai keberanian dan ilmu yang tinggi.

Untuk rekod, Kak Lina mula berkecimpung dalam industri seni seawal 1997 dan berjinak dalam bidang pengacaraan pada tahun 2018 dalam Anugerah Skrin 2018. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan