Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dion Das Louis yang menempa nama pada Kejohanan Seni Persembahan Dunia di California, Amerika Syarikat.

Kejayaan Dion bukti anak Iban mendapat perhatian di persada dunia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Jul: Kejayaan Dion Das Louis meraih emas menerusi Kejohanan Seni Persembahan Dunia ke-27 di California, Amerika Syarikat merupakan bukti bahawa anak Iban semakin mendapat perhatian di mata dunia.

Bapanya, Louis Andam berkata: “Ini merupakan satu kejayaan yang berada di luar jangkaan kami. Kejayaan ini merupakan bukti kaum Iban mendapat perhatian dunia.

“Kami juga ingin mempromosikan keindahan dan keunikan Sarawak di mata dunia,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau pada masa sama, menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang membantu dan memberikan sokongan kepada anaknya sehingga memperoleh kejayaan dan mengharumkan nama Sarawak.

Mereka terdiri daripada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.

Dion yang juga dikenali sebagai The Little Bornean Birdie berusia lapan tahun dan mewakili negara ke kejohanan itu pada 1 hingga 5 Julai lalu.

Persembahan tarian ngajat yang dipersembahkan oleh penari cilik itu merupakan kombinasi unsur-unsur daripada dua jenis burung Borneo (Burung Ruai dan Burung Kenyalang) yang turut diperagakan melalui kostum pakaiannya.

Dion sebelum ini meraih kejayaan dalam Kejohanan Seni Persembahan Malaysia yang diadakan di ibu negara pada 27 Januari lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan