Search
Close this search box.
Taylor Louise berjaya merangkul pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA). Foto Taylor Louise (FB)

Anak Sarawak harumkan nama negara, rangkul pingat emas pada WCOPA

ByMuqri Aziz

KUCHING, 8 Julai: Penyanyi cilik dari Kuching, Taylor Louise berusia 10 tahun mengharumkan nama Sarawak dan negara selepas berjaya merangkul pingat emas pada pertandingan World Championships of Performing Arts (WCOPA) ke-27 di Long Beach Performing Arts Center, California, Amerika Syarikat bagi kategori nyanyian terbuka bawah lapan hingga 10 tahun serta johan divisyen muda bagi kategori nyanyian terbuka semalam.

Taylor Louise menerusi hantaran di Facebook berkata, dia mendedikasikan kemenangannya buat Bumi Kenyalang dan Malaysia serta memberi penghargaan kepada ibu bapanya serta jurulatihnya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang persiapannya pada pertandingan tersebut.

“Kemenangan ini sudah semestinya mendorong saya untuk melakukan yang lebih baik pada masa akan datang dan saya telah belajar banyak dan saya tahu saya mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki dari segi vokal dan persembahan saya di atas pentas.

“Siapa sangka anak gadis  yang meminati makanan wantan serta gemar menyanyi diangkat sebagai pemenang bagi kategori terbuka bawah lapan hingga 10 tahun serta johan divisyen muda bagi kategori terbuka,” katanya.

Bukan itu sahaja, Taylor turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya yang dijadikan sebagai tonggak kekuatannya dan tanpa sokongan itu, perjalanannya ke negara ‘Uncle Sam’ itu mungkin tidak dapat dicapai.

“Pingat emas ini adalah untuk anda semua,” tambahnya lagi.

Kejohanan WCOPA diibaratkan sebagai kejohanan Olimpik dalam dunia seni persembahan dan kejohanan itu telah berlangsung dari 1 hingga 5 Julai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan