Search
Close this search box.
Presiden Persatuan E-Sports Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi (duduk kiri baju merah) bersama pasukan teknikal e-Sports pada program Sukarelawan e-Sukan di Kuching pada Sabtu. Foto TVS

SUKMA 2024: Pasukan e-Sports Sarawak sasar tiga emas

KUCHING, 6 Julai: Tiga emas menjadi sasaran utama pasukan e-Sports negeri pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 kelak.

Presiden Persatuan E-Sports Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi berkata, sasaran ini menjadi kayu ukur bagi memperbaiki pencapaian pasukan e-Sports negeri yang meraih satu pingat gangsa semasa temasya SUKMA 2022 yang lalu.

“Pada tahun ini, Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak menyasarkan tiga pingat emas dalam acara RaceRoom ataupun simulator perlumbaan kenderaan. Jadi pada SUKMA pada tahun ini, kita akan mempertandingkan lima judul pertandingan e-Sports dan ini termasuklah Mobile Legend, PUBG Mobile, Tekken 8, e-Football dan juga RaceRoom,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Sukarelawan e-Sukan di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) pada Sabtu.

Tambah Afiq, program Sukarelawan e-Sukan yang dianjurkan di Swinburne Sarawak itu merupakan platform bagi mendedahkan golongan belia terutama daripada universiti tempatan tentang e-Sukan selain menjadi wadah pemilihan sukarelawan acara e-Sports bagi SUKMA Sarawak nanti.

Seramai 100 sukarelawan dijangka akan terlibat dalam e-Sports SUKMA 2024 kelak.

Afiq juga yakin dengan adanya pendedahan kepada bidang e-Sports ini, Sarawak bakal melahirkan bakat baharu yang dapat mengharumkan nama Sarawak ke peringkat yang lebih global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan