Search
Close this search box.
Logo Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak bermula 17 hingga 24 Ogos.

Teknik tidak mudah dibaca pihak lawan

BySaibi Gi

KUCHING, 5 Julai: Menghantar atlet ke beberapa pertandingan yang berbeza lokasi merupakan strategi Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dalam menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak, Jumaat Ibrahim berkata strategi itu bertujuan agar pihak lawan tidak mudah membaca teknik atlet Sarawak ketika bertarung.

 

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak, Jumaat Ibrahim.

“Misalnya ada yang kita hantar ke Pontianak (Kejohanan Weng Muaythai Duel Night 2). Ada yang kita hantar ke Semenanjung juga. Ini adalah strategi kita.

“Dengan menghantar atlet-atlet ke pertandingan menjelang SUKMA 2024, kita berharap mereka akan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri ketika bertarung di gelanggang,” katanya pada sidang media di Pontianak, hari ini.

Berbekalkan keyakinan itu, Jumaat berharap atlet-atlet muaythai dapat meraih pingat emas di gelanggang SUKMA 2024 yang akan diadakan di Sarawak pada Ogos ini.

Pada SUKMA 2024, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dilaporkan akan menghantar 20 atlet.

Persatuan itu juga ingin mengulangi kejayaan di SUKMA 2022 dengan meraih sekurang-kurangnya dua pingat emas, namun Jumaat sebelum ini yakin dengan potensi atlet untuk meraih lebih banyak pingat.

Beliau berkata lagi, atlet-atlet Sarawak bertuah kerana Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi sokongan penuh kepada bidang sukan.

Impian Abang Johari untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan sentiasa menjadi dokongan Persatuan Muaythai Negeri Sarawak, jelasnya.

“Semoga Sarawak maju makmur. Maju makmur bukan sahaja dari segi kekayaan, ekonomi dan sebagainya, kita mahu anak-anak muda Sarawak aktif dalam sukan.

“Sukan sudah terbukti sebagai medium untuk menjalin integrasi yang sangat penting bagi Malaysia. Tidak kisah apa kaum dan agama, kita orang Sarawak dan rakyat Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan