Search
Close this search box.
Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah ketika lawatan rasminya ke Indonesia hari ini. Foto David Andreas (TVS)

Sarawak mahu contohi Indonesia, perkasakan hak wanita – Fatimah

ByTVS

JAKARTA, 5 Julai:  Sarawak berhasrat mencontohi Indonesia berkaitan peranan negara jiran itu memajukan hak dan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak.

Perkara itu disampaikan Menteri Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah semasa lawatan rasminya ke Indonesia baru-baru ini.

Fatimah mengakui kepimpinan wanita merupakan salah satu aspek dan penanda aras dalam usaha memperkasakan wanita yang boleh bermula dari peringkat komuniti sehinggalah kepada pemimpin politik.

“Daripada lawatan ini, kami dapat berkongsi bagaimana lebih ramai wanita di Sarawak memainkan peranan sebagai pemimpin, kerana ia adalah salah satu aspek penting dan penanda aras dalam memperkasakan wanita,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tegasnya, inisiatif itu boleh bermula menjadi pemimpin daripada komuniti, agensi kerajaan mahupun pihak swasta malah sehingga ke peringkat tertinggi iaitu pemimpin politik.

Dalam lawatan ini, KPWK turut belajar daripada pengalaman dan pendedahan Indonesia tentang amalan terbaik dan sesuai yang boleh diamalkan di Sarawak.

Pembelajaran dan wawasan itu boleh dijadikan penanda aras untuk memperkukuh lagi usaha ke arah keterangkuman sosial.

Sementara itu, KPWK juga meneroka potensi kerjasama antara organisasi Indonesia, termasuk perkongsian pengetahuan, projek bersama atau pertukaran sumber, dan untuk memajukan lagi usaha kolektifnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan