Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Perasmian Penutup Hari Inovasi dan Integriti JTS di sini hari ini. Foto UKAS

Premier Sarawak puji JTS guna AI sukat tanah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 5 Julai: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak yang menggunakan inovasi kecerdasan buatan (AI) dalam proses penyukatan tanah.

Premier Sarawak itu berkata, langkah berkenaan dianggap sebagai pencapaian yang signifikan dalam usaha wilayah ini untuk terus maju dalam era digital.

“Saya difahamkan oleh JTS bahawa kita ingin menggunakan AI, di mana kita berusaha dalam penilaian harta menggunakan algoritma AI untuk melihat trend pasaran dengan data yang ada, pemprosesan data sebenar dan masa nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) 2024 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, penggunaan AI terutamanya teknologi generatif telah membawa transformasi besar dalam bidang penyukatan tanah.

“Ini melibatkan perancangan, pengurusan pendaftaran tanah, dan mendapatkan nilai tambah dari AI generatif.

“Dengan teknologi ini, kita boleh memproses dan menyimpan data dalam satu platform dan mengekstrak data secara masa nyata,” kata Abang Johari.

Menurut beliau lagi, teknologi AI generatif membolehkan pemetaan dan analisis data tanah dilakukan dengan lebih cepat dan tepat, seterusnya memudahkan proses perancangan dan pembangunan tanah di Sarawak.

“Kita berada di barisan hadapan dalam penggunaan teknologi ini. Kita menerima banyak pelawat dari Semenanjung yang datang untuk belajar bagaimana kita menggunakan tenaga dan teknologi ini.

“Kita maju dalam menyukat tanah sama ada di darat mahupun di laut,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, majlis tersebut turut menyaksikan penganugerahan kepada beberapa projek dan individu yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang inovasi dan integriti.

Antara anugerah yang diberikan termasuk Anugerah Inovasi Transformasi Penyampaian Perkhidmatan, Anugerah Inovasi Sosial, Anugerah Inovasi Kelestarian Alam Sekitar, Anugerah Inovasi Transformasi Digital, Anugerah Khas Kepimpinan Inovasi, Anugerah Montaj Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan