Search
Close this search box.
Abang Johari semasa Majlis Pengumuman Dividen Interim ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange pada Jumaat. Foto Fiqri Razak (TVS)

Pengambilalihan sebuah bank perdagangan oleh Kerajaan Sarawak selesai 19 Julai

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 5 Julai: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengesahkan usaha Kerajaan Sarawak mengambil alih sebuah bank perdagangan akan dimuktamadkan pada 19 Julai ini.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, pengumuman rasmi akan dibuat dalam tempoh tiga minggu lagi.

“Tunggu apa yang saya bakal umumkan iaitu perkara yang akan diambil alih oleh Sarawak sebagai blok majoriti.

“Ini ada kaitannya juga dengan saham,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Dividen Interim Amanah Saham Sarawak (ASSAR) bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2024 di Pusat Konvensyen Hikmah Exchange di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Permodalan ASSAR, Dato Sri Wahab Dolah.

Awal tahun ini, Affin Bank Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebagai pemegang saham utamanya mengesahkan sedang berbincang dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak untuk kemungkinan urus niaga membabitkan saham tambahan.

Sementara itu Abang Johari berkata, Sarawak bakal menjadi pemain penting sektor perbankan negara.

“Sebelum ini kita ada enam buah bank (namun) telah ditarik orang, sekarang kita hendak ambil semula,” katanya.

Sementara itu Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan pengiktirafan wilayah ini sebagai ekonomi bukan konvensional yang mempunyai banyak pulangan terhasil daripada pelaburan.

Menurutnya, Sarawak tidak lama lagi akan mempunyai rangkaian dengan Kesatuan Eropah selain daripada pelaburan daripada negara-negara ASEAN.

Beliau menambah, wilayah ini juga berkemungkinan besar menjadi hab tenaga untuk negara-negara ASEAN memandangkan ekonomi global sangat bergantung kepada tenaga.

“Hari ini kita nmpak banyak barangan pengguna akan bergantung kepada tenaga boleh diperbaharui.

“Di Sarawak kita ada hidro boleh diperbaharui kerana kita ada banyak sungai, empangan dan sumber air lain,” jelasnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan