Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Cassidy Morris bersama delegasi JKR Sarawak pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto JKR Sarawak

Pelaksanaan projek pembangunan dibincang dalam perjumpaan Premier dengan pengurusan tertinggi JKR

KUCHING, 5 Julai: Projek-projek pembangunan infrastruktur di Sarawak antara agenda dibincangkan pengurusan tertinggi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak ketika kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini.

Delegasi JKR Sarawak yang diketuai Pengarah JKR Sarawak Dr Cassidy Morris bertukar-tukar pandangan mengenai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan JKR Sarawak.

“Turut dibincangkan pelaksanaan projek kerajaan Persekutuan setelah JKR Sarawak diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal mengikut Arahan Perbendaharaan 182,” demikian menurut 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁, 𝗝𝗞𝗥 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 menerusi kenyataan.

Ia memberi kuasa kepada JKR Sarawak untuk mentadbir projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di Sarawak.

Kunjungan hormat yang berlangsung di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia itu merupakan kali pertama sejak Cassidy dilantik sebagai Pengarah JKR Sarawak pada Mei 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan