Search
Close this search box.
Tinjauan meramalkan Parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri Britain Rishi Sunak hanya akan memenangi 131 kerusi dalam pilihan raya umum Britain. Foto, AFP.

Parti Buruh UK menang majoriti parlimen dengan lebih 326 kerusi

ByBernama

LONDON, 5 Julai: Parti Buruh United Kingdom telah memenangi pilihan raya parlimen selepas mencapai 326 kerusi yang diperlukan untuk majoriti di Dewan Rakyat, lapor Agensi Anadolu.

Parti itu memenangi 363 kerusi setelah 527 daripada 650 kawasan telah mengumumkan keputusan.

Bercakap selepas kemenangan pada pagi Jumaat, ketua Parti Buruh, Keir Starmer berkata “perubahan bermula sekarang.”

“Kita berjaya!”

“Anda berkempen untuknya, anda berjuang untuknya, anda mengundi untuknya dan kini ia telah tiba.

“Perubahan bermula sekarang,” kata Starmer kepada ahli partinya.

Hasil tinjauan sebelum ini mengunjurkan Parti Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Starmer akan menggantikan Rishi Sunak sebagai perdana menteri baharu berdasarkan keputusan ini.

Ismail Sabri ucap tahniah kepada PM baharu UK

Sunak dijangka menyampaikan ucapan perpisahan di Downing Street pada pagi ini sebelum menghadap Raja Charles III secara rasmi untuk menyerahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri.

Rishi Sunak to become Britain’s next PM after months of turbulence

Jutaan pengundi di seluruh UK telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 650 Ahli Parlimen (MP) ke Dewan Rakyat.

Parti Konservatif berhaluan kanan telah memerintah negara itu sejak 2010 selepas memenangi pilihan raya umum pada 2015, 2017 dan 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan