Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Tebedu, Dr Simon Sinang @ Sinang Bada merakam kenangan semasa Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) di Tebedu pada Jumaat. Foto TVS

OKU, warga emas di Tebedu mohon tubuhkan PPDK dan PAWE

TEBEDU, 5 Julai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersama Pejabat Daerah Tebedu disarankan untuk menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Tebedu, Dr Simon Sinang @ Sinang Bada berkata, saranan tersebut susulan terdapat bilangan Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas yang ramai memerlukan perkhidmatan yang disediakan oleh kedua-dua buah pusat tersebut.

Katanya, kedua-dua jabatan tersebut boleh membuat kajian terperinci bagi mengenal pasti jumlah golongan kurang upaya serta warga emas yang berada di daerah berkenaan.

“Saya memberi cabaran kepada JKM Serian untuk melihat sama ada perlu ataupun sama ada boleh atau tidak kita menyediakan PPDK untuk kawasan daerah Tebedu.

“Kita ada ramai warga emas dan cabaran yang kedua adalah agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Tebedu dapat menubuhkan pusat warga emas ataupun PAWE,” katanya pada Program Outreach Santuni Komuniti (POSKOM) di Tebedu pada Jumaat.

Tambahnya, penubuhan kedua-dua buah pusat tersebut dipercayai mampu memudahkan golongan memerlukan mendapat perkhidmatan berdekatan dengan mereka.

Sementara itu, seramai 5,579 pengunjung menghadiri POSKOM yang telah berlangsung di lapan bahagian seluruh Sarawak.

Simon berkata POSKOM berperanan sebagai satu sistem sokongan untuk merealisasikan hala tuju kerajaan membawa semua rakyat turut serta dalam inisiatif keterangkuman sosial.

Perkara tersebut juga katanya membuktikan usaha serta komitmen Kerajaan Sarawak yang komited membantu golongan masyarakat yang di semua peringkat akar umbi.

“Program ini juga selari dengan PCDS 2023, satu dokumen strategik untuk memacu pembangunan dan pertumbuhan sosio ekonomi Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan