Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini hari ini. Foto TVS

Kertas siasatan wartawan wanita diganggu secara seksual di Sungai Bakap hampir siap

ByTVS

NIBONG TEBAL, 5 Julai: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang wartawan wanita yang mendakwa menerima gangguan seksual oleh individu yang didakwa petugas kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Sungai Kechil di sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek berusia 30-an itu direman selama dua hari selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS) semalam.

Katanya, polis juga telah merekodkan keterangan daripada tiga individu bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini kita di peringkat akhir untuk siasatan dan kita perlu lengkapkan siasatan sebelum hasil untuk tindakan lanjut.

“Kita juga akan buat proses pengecaman (suspek) atau kawad cam pada pagi ini,” katanya pada sidang media di IPD SPS di sini hari ini.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, seorang wartawan stesen televisyen wanita membuat laporan polis selepas mendakwa seorang lelaki yang juga petugas kempen berkelakuan tidak senonoh.

Kejadian berlaku ketika beberapa wakil media sedang menemubual Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di pekarangan Dewan Khariat Sungai Kechil di sini selepas majlis perjumpaan bersama masyarakat malam kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut dilaporkan berkata, pihaknya memberi jaminan bagi memastikan siasatan kes itu dibuat secara profesional.

Kes itu turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil apabila memaklumakan kejadian berkenaan tidak seharusnya berlaku semasa wartawan menjalankan tugas dan berharap pihak yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Larif dari Perikatan Nasional (PN) akibat komplikasi dalam perut.

Pengundian yang akan berlangsung esok menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Abidin Ismail dari PN. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan