Search
Close this search box.
Jualan tiket Borneo Sonic Music Festival (BSMF) dengan diskaun super early bird akan bermula pada pukul 12 tengah hari, 7 Julai (Ahad).

Jualan tiket super early bird Borneo Sonic Music Festival pada 7 Julai

ByWilly Jali Anak Dagang

KUCHING, 5 Julai: Jualan tiket super early bird Borneo Sonic Music Festival (BSMF) 2024 yang menawarkan diskaun hebat akan bermula pada pukul 12 tengah hari, Ahad ini (7 Julai).

Pengarah Urusan BME International (Malaysia) Steven Au berkata, orang ramai yang ingin menyaksikan acara berkenaan disarankan segera membeli tiket yang dijangka akan habis dalam tempoh singkat.

Jelasnya, penganjur berasa teruja untuk menawarkan diskaun berkenaan kepada peminat setia BSMF dan juga mereka yang kali pertama bercadang untuk menyaksikannya.

“Acara tahun ini akan menjadi yang terbesar serta terbaik dengan barisan luar biasa yang ditampilkan.Mereka memiliki pelbagai pengalaman yang pastinya akan menjadikan BSMF 2024 sebagai festival yang tidak dapat dilupakan,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambah Steven, pembeli tiket awal juga berpeluang menerima baju-T BSMF 2024 edisi terhad yang boleh ditebus dengan gelang tangan dan mendapat tempat istimewa untuk menonton konsert berkenaan.

Mereka yang ingin menempah tiket boleh melayari  https://www.borneosonic.com./

BSMF akan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober di Stadium Sarawak dengan dijangka akan dihadiri lebih 36,000 penonton.

Acara yang dianjurkan oleh BME International Sdn Bhd ini turut merangkumi Karnival Makanan Borneo Sonic pada 9 hingga 12 Oktober 2024 di Stadium Square bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Acara ini turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan