Search
Close this search box.
Suspek yang diberkas polis kerana mengedar dadah di Bintulu. Foto IPD Bintulu

Seorang PATI diberkas, edar dadah di Bintulu

BINTULU, 4 Julai: Seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penagihan dadah diberkas di sebuah pondok di tepi Sungai Sebauh di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, tangkapan suspek berusia 33 tahun itu dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Pihak polis merampas dadah jenis syabu dianggarkan seberat 8.2 gram.

“Hasil siasatan awal dipercayai dadah untuk pengedaran di sekitar kawasan Sebauh boleh digunakan untuk 15 hingga 20 orang penagih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan awal polis didapati suspek positif dadah jenis methampetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Suspek juga ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah memasuki Sarawak.

“Jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 boleh di penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga kali,” ujarnya.

Katanya, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)ADB 1952 boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun.

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha polis dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu ini,” jelasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan