Search
Close this search box.

Sarawak teroka, selesaikan kekangan kejuruteraan-geo

ByAmirah Shawel

KUCHING, 4 Julai: Sarawak sedang meneroka penyelesaian inovatif yang menggabungkan teknologi hijau dan amalan lestari bagi menyelesaikan masalah kejuruteraan-geo yang berlaku di wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui negeri ini berhadapan dengan beberapa cabaran kejuruteraan-geo yang unik disebabkan oleh faktor geografi, alam sekitar dan iklim.

Menurut beliau, kekangan berkenaan menyukarkan pembinaan infrastruktur dan kemudahan asas untuk masyarakat di wilayah ini.

“Sarawak memiliki tanah gambut yang luas dengan kandungan organik dan kebolehmampatan yang tinggi serta kapasiti galas yang rendah. Ini menyukarkan pembinaan infrastruktur kerana menyebabkan masalah pada kestabilan struktur.

“Dengan memberi tumpuan kepada cabaran ini, Sarawak berupaya menambah baik infrastuktur wilayah ini, mencapai kelestarian alam sekitar dan menyokong kesejahteraan komuniti,” kata beliau.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada perasmian Persidangan Antarabangsa Geoengineering Tropika (TROPICON) 2024 di sini, hari ini.

Jelas Abang Johari, penyelesaian kepada cabaran tersebut juga akan dapat membantu menangani isu tanah runtuh, banjir dan hakisan tanah di wilayah ini.

Sarawak ujar beliau juga mengambil beberapa langkah signifikan dalam mempergiat inovasi hijau bagi mencapai kelestarian alam sekitar.

Beliau bagaimanapun berkata lebih banyak inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi menyokong pembangunan mampan.

“Inovasi hijau, seperti yang difahami, bukan semata-mata mengenai kemajuan teknologi. Kita perlu memikirkan semula pendekatan yang diguna dalam pembangunan dan penjagaan alam sekitar,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan