Search
Close this search box.
Sarawak yang telah diiktiraf sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi (HI) pada tahun 2022 oleh Bank Dunia berjaya mengekalkan status itu pada tahun lalu. Foto hiasan Envato

Sarawak kekal status negeri berpendapatan tinggi tahun 2023 – Bank Dunia

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Julai: Sarawak yang telah diiktiraf sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi (HI) pada 2022 oleh Bank Dunia berjaya mengekalkan status itu pada tahun lalu, kata Dr Apurva Sanghi.

Ketua Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia menerusi hantaran di X hari ini berkata Sarawak telah merekodkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita sebanyak USD16,560 dan menduduki tempat keempat antara lima negeri tertinggi di Malaysia yang telah berjaya mencapai status itu.

Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor berada di atas ambang pendapatan tinggi pada 2023. Foto @ApurvaSanghi (X)

Menerusi data terbaharu yang dikeluarkan hasil pengiraan kakitangan Bank Dunia Malaysia berdasarkan data KDNK per kapita peringkat negeri Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2023 yang dikeluarkan pada 2 Julai 2024 turut mendedahkan Sarawak telah melepasi Ambang Pendapatan Tinggi 2023 dengan melebihi USD14,005 Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita.

Data itu turut menyenaraikan empat buah negeri lain yang telah mencapai status berkenaan iaitu Kuala Lumpur (USD29,967), Labuan (USD19,117), Pulau Pinang (USD16,660) dan Selangor (USD14,291).

@tvsarawak

Sarawak kekal negeri berpendapatan tinggi #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TVSUpdates

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

Tambah Dr Apurva, meskipun lima buah negeri berkenaan mencapai status itu, ia tidaklah membawa maksud berpendapatan tinggi bersamaan dengan pembangunan mampan.

“Ia nya banyak bergantung kepada bagaimana pendapatan digunakan untuk memampankan pembangunan.

“Sebagai contohnya, Sarawak telah mencapai status HI tetapi mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi iaitu pada 10.8 peratus pada 2022 manakala Perlis bukanlah negeri berpendapatan tinggi tetapi kadar kemiskinan yang jauh lebih rendah iaitu pada 4 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Malaysia yang telah menjadi negara berpendapatan sederhana atas sejak akhir 1980-an itu berpotensi capai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Malaysia berpotensi bakal menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2030. Foto @ApurvaSanghi (X)

Bagaimanapun beliau menjelaskan status itu mungkin boleh dicapai jika kadar pertukaran mata wang asing Dolar Amerika dan Ringgit kekal berada di paras antara RM4.70.

“Malaysia kekal sebuah negara berpendapatan sederhana atas buat masa ini tetapi boleh mencapai status HI menjelang 2030 jika kadar pertumbuhan purata sekitar empat peratus dan kadar inflasi hampir jangka panjang yang berterusan sekitar dua peratus.

“Mencapai status berpendapatan tinggi adalah sukar di mana Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita hampir tidak berganjak daripada USD11,830 pada 2022 kepada USD11,970 pada 2023,” katanya

Sehubungan itu, Dr Apurva menekankan kepentingan bahawa pembaharuan ataupun reformasi daripada Kerajaan Malaysia yang lebih pantas yang dilihatnya mampu mempercepatkan peralihan ke status HI.

Sarawak kini negeri berpendapatan tinggi – Bank Dunia

Tahun lepas, Sarawak telah menempa sejarah apabila buat pertama kalinya diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia untuk tahun 2022.

Data pada tahun itu telah menunjukkan Sarawak telah melepasi Ambang Pendapatan Tinggi 2022 dengan melebihi USD13,205 Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan