Search
Close this search box.
Safiee Ahmad ketika menghadiri program bersama rakyat Ngiling Bidaidi Rumah Henry Sungai Passin pada Rabu. Foto TVS

Projek bina jalan raya Jemoreng-Passin diteruskan

SIBU, 4 Julai: Kerajaan Sarawak meneruskan pembinaan jalan raya ke Kampung Sungai Passin walaupun kos projek itu meningkat demi memastikan penduduk di kawasan berkenaan menikmati akses perhubungan yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek berimpak tinggi itu bermula pada tahun 2020 sebelum tertangguh akibat penularan wabak COVID-19 dan diteruskan semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Pelaksanaan projek itu kini diambil alih Jabatan Kerja Raya (JKR) setelah kontraktor yang dilantik sebelum ini gagal menyiapkannya.

“Premier Sarawak yang begitu prihatin dengan keperluan rakyat khususnya di kawasan luar bandar, telah pun mempertimbang untuk meneruskan walaupun kos pelaksanaanya meningkat berbanding asal.

“Peringkat awalnya projek ini diluluskan sekitar RM65 juta dan kontrak sebelum ini RM 40.1 juta tetapi apabila diteruskan ia memerlukan peningkatan kos disebabkan harga barang, material dan faktor yang lain. Kos yang baru ialah RM98 juta,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Ngiling Bidai Gawai di Kampung Sungai Passin pada Rabu.

Menurutnya, bagi memastikan projek itu berjaya katanya, kerajaan telah memastikan projek tidak lagi dilaksanakan secara tender terbuka, sebaliknya hanya dikhususkan kepada kontraktor yang berstatus penyelamat.

Kesanggupan meneruskan projek itu ujarnya, membuktikan kerajaan benar-benar prihatin dengan keperluan penduduk khususnya di sungai passin yang merupakan salah satu penempatan paling jauh di kawasan DUN Daro.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 30 bulan, saya mengharapkan kerjasama semua pihak supaya pelaksanaan projek berjalan lancar dan sempurna sekaligus mengakhiri penantian rakyat di kawasan ini sejak sekian lama,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Romeo Christopher Tegong, Controller LSS, Lt Kol Ding Tiew Wong dan Pemangku Pegawai Daerah Matu, Zaraina Sahari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan