Search
Close this search box.
PAC membentangkan laporan berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program LatihanĀ  HRD Corp di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Parlimen: Tadbir urus HRD Corp lemah, beli hartanah mencurigakan – PAC

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 4 Julai: Siasatan Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) terhadap Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mendapati wujud beberapa kelemahan tadbir urus membabitkan syarikat jaminan kerajaan itu.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini termasuk kaedah perolehan dan pembelian hartanah yang mencurigakan atau berisiko mendatangkan kerugian kepada syarikat.

Jelas beliau,HRD Corp merupakan syarikat di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang tertakluk di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia (PBSM) 2021.

ā€œMatlamat penubuhan syarikat adalah untuk pengenaan dan pemungutan levi pembangunan sumber manusia bagi maksud penggalakan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih serta penubuhan dan pentadbiran kumpulan wang.

ā€œ Sehubungan dengan itu, melalui prosiding yang diadakan, PAC mendapati jumlah kutipan levi oleh HRD Corp meningkat dengan ketara iaitu RM2.134 bilion pada tahun lepas berbanding RM475 juta pada 2020.

ā€œPeningkatan ini disebabkan perluasan Akta PSMB 2001 pada 1 Mac 2021 yang mana levi telah diwajibkan kepada semua sektor industri,ā€ katanya pada sidang media di Parlimen.

PAC hari ini membentangkan laporan berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp di Dewan Rakyat.

Jelas Mas Ermieyati, pihaknya dimaklumkan terdapat sejumlah levi yang tidak digunakan oleh majikan dalam tempoh dua tahun akan dikategorikan sebagai unutilised levy.

Kata beliau, PAC berpendapat tempoh itu dilihat terlalu singkat yang tidak dapat membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan dana latihan tersebut.

ā€œPerlu diingatkan bahawa HRD Corp bukanlah sebuah institusi pelaburan namun PAC mendapati HRD Corp telah melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan dengan menggunakan wang levi seperti put and call option,ā€ katanya.

Menerusi 10 prosiding yang bermula 23 Oktober 2023 hingga 12 Mac 2024 itu dengan seramai 22 saksi terlibat, Mas Ermieyati berkata, PAC membuat 15 rumusan.

ā€œ (Antaranya) mengikut Akta PSMB 2001, wakil Bank Negara Malaysia (BNM) perlu dilantik sebagai salah seorang ahli Panel Pelaburan namun sejak 2017, tiada wakil BNM dalam Panel Pelaburan HRD Corp. Perkara ini adalah bertentangan dengan Akta PSMB 2021,ā€ katanya.

Jelas beliau, PAC mensyorkan KESUMA untuk melaksana 11 perkara berhubung laporan mereka.

ā€œ Memandangkan HRD Corp telah berkembang sejak penubuhannya, maka KESUMA perlu mengkaji semula keperluan untuk dijadikan sebagai badan berkanun bagi memastikan tadbir urus yang lebih baik dengan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan,ā€ katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan