Search
Close this search box.

Oppstar ingin bekerjasama dengan Sarawak, bangunkan reka bentuk IC

ByRegina Lee

KUCHING, 4 Julai: Syarikat semikonduktor berpangkalan di Pulau Pinang, Oppstar Bhd berhasrat untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi membangunkan perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC).

Ketua Pegawai Eksekutif Oppstar, Cheah Hun Wah berkata, pihaknya sedang meneroka peluang untuk melebarkan sayap syarikat berkenaan di luar Semenanjung Malaysia.

“Tujuan kami ke Sarawak sebenarnya adalah bagaimana kami dapat bekerjasama untuk mencipta aktualisasi perkhidmatan produk berkenaan.

“Kedua, baru-baru ini kita lihat banyak perkembangan tentang teknologi mendalam ini, ramai berbicara mengenai kecerdasan buatan (AI).

“Reka bentuk IC merupakan bahagian penting dalam pembangunan itu, dan daripada situ konsep ‘wholism’ boleh tercipta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Tambah Hun Wah, Oppstar merupakan pemain serantau dan mempunyai cawangan pejabat di luar negara.

Oppstar merupakan salah satu syarikat Malaysia yang menawarkan perkhidmatan reka bentuk IC terkemuka di Asia Tenggara dan tersenarai dalam pasaran saham. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan