Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyaksikan pertukaran MoU antara Sarawak Skills dan ADTEC Bintulu di Bintulu pada Rabu. Foto TVS

Merapatkan jurang latihan dan keperluan industri

BINTULU, 4 Julai: Kerjasama antara Sarawak Skills dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu mampu merapatkan jurang antara latihan dan keperluan industri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan menyelaraskan program latihan berdasarkan keperluan khusus pelbagai sektor, para graduan dapat dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

“Dengan menyelaraskan program latihan anda dengan keperluan khusus pelbagai sektor, anda dapat memastikan graduan anda bersedia untuk pekerjaan dan dilengkapi dengan kemahiran yang dicari oleh majikan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Skills dan ADTEC Bintulu di sini pada Rabu.

Abang Johari berkata, latihan yang menepati kehendak industri bukan hanya akan meningkatkan kebolehpasaran tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan dan pembangunan Sarawak.

Selain memberi manfaat kepada pelajar, kerjasama seumpama itu juga akan meningkatkan lagi profesionalisme pengajar di institusi kemahiran.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan